
GEAK Camera
Aplikasi terbaru yang diperkenalkan untuk pengguna Android ini pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja kerana ia telah dimuat turun lebih daripada 1 juta. GEAK Camera merupakan aplikasi penggambaran profesional yang menyediakan tiga fungsi utama iaitu Kamera, Video dan juga Square. Kebolehan mengambil gambar beresolusi HD kini bukan lagi masalah, ditambah dengan 9 jenis filters unik untuk anda mengedit gambar.
Malah kehadiran fungsi video, membolehkan pengguna membuat rakaman video dan mengambil gambar serentak dalam satu-satu masa. Manakala fungsi Square pula, gambar yang telah siap diedit boleh terus dikongsi ke laman sosial kegemaran atau ditetapkannya sebagai gambar profil untuk Facebook, Twitter, ataupun WhatsApp.
Muat Turun
- RM 0
- 1.3 MB
- Android 4.0 dan ke atas