
Between – Private Couples
VCNC telah memperkenalkan aplikasi sosial terbaru yang diberi nama Between – Private Couples. Ia memberikan anda akses termudah dan terpantas apabila menghantar pesanan pasangan, sekali gus dapat menjaga privasi dengan tersedianya kata laluan peribadi. Between – Private Couples membolehkan seseorang menghantar pesanan beserta pelekat khas kepada pasangan untuk memberitahu sesuatu yang rahsia dan dalam masa yang sama tidak ingin diketahui oleh orang lain.
Sepertimana aplikasi sosial yang ada, anda boleh memuat naik status di moment, menghantar pelekat romantik serta mengupadate cuaca di persekitaran anda kepada pasangan. Malah kehadiran kalendar juga memudahkan pasangan untuk mengetahui tarikh-tarikh penting anda dan anak-anak.
Muat Turun
- RM 0
- 55 MB
- Android 4.0.3 dan ke atas