
Masalah kesesakan lalu lintas telah lama menjadi topik perbualan hangat, namun sehingga kini jalan penyelesaiannya masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
Sehubungan dengan senario itu , Waze kini melangkah setapak maju kehadapan apabila mengumumkan integrasi dengan Apple CarPlay bagi menangani masalah tersebut sekaligus merealisasikan misi mereka untuk membuat pemanduan lebih selamat untuk semua.

Intergrasi ini akan memberi peluang kepada semua pengguna CarPlay untuk menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada Waze dengan lancar dan secara terus daripada peranti paparan dalam kereta mereka.
Pengguna CarPlay kini boleh memuat turun aplikasi Waze dan bergerak ke tempat kegemaran mereka dengan hanya menyambungkan iPhone mereka ke sebuah sistem yang menyokong CarPlay menggunakan kabel USB atau sambungan tanpa wayar.

Dengan menggunakan Waze untuk CarPlay, para pemandu dapat menikmati pengalaman penuh Waze dengan mudah, termasuk:
- Kemudi navigasi ke destinasi-destinasi yang telah diprogramkan ke dalam aplikasi Waze dengan mudah, semuanya dalam satu ketikan.
- Aturkan semua perkara yang diperlukan para pemandu dalam sebuah skrin tontonan yang lengkap sebelum mereka memulakan perjalanan, termasuk keupayaan untuk menyemak laluan-laluan alternatif.
- Lebih mudah untuk membantu para pemandu lain dengan menu pelaporan visual berbanding sebelum ini.
- Terima makluman visual dan audio untuk terus dimaklumkan.

