
Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai kerjasama di antara OPPO dan Shiseido dalam menghasilkan kotak hadiah edisi terhad bagi model OPPO F9 Starry Purple.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan pakej pembelian istimewa ini, pihak OPPO telah mengumumkan ianya akan dijual secara eksklusif di Lazada pada 3 Oktober 2018, pukul 12 tengahari (selagi stok masih ada). Dengan setiap pembelian kotak hadiah edisi istimewa ini, pembeli akan turut menerima gincu Shiseido Rouge Rouge dalam warna Primrose (RS419) bernilai RM108 secara percuma.
Lebih istimewa, pembeli turut menerima kad servis solekan pantas hasil sentuhan daripada Shiseido. Terdapat dua pilihan solekan yang ditawarkan iaitu Romantic Daily Look ataupun Chic and Cool Night Look yang tersedia di cawangan Shiseido terpilih. Buat masa ini harga jualannya masih lagi belum didedahkan kepada umum, tetapi OPPO F9 dalam warna Sunrise Red dan Twilight Blue sebelum ini telah ditawarkan pada harga RM1,399.

