

KRAFTON, Inc. (CEO Changhan Kim) mengumumkan bahawa PUBG: BATTLEGROUNDS dan PUBG MOBILE menjalinkan kerjasama dengan jenama automobil mewah Porsche. Kerjasama ini menandakan satu perkongsian global tiga hala antara PUBG: BATTLEGROUNDS, PUBG MOBILE, dan Porsche, di mana para pemain bakal menikmati pelbagai kenderaan eksklusif Porsche serta kandungan bertema khas di semua platform.
Berasaskan falsafah bersama iaitu ketepatan dan keyakinan, kerjasama ini membawa slogan “Precision rules. Confidence drives it.” Kerjasama tersebut mula diperkenalkan pada 31 Oktober melalui saluran rasmi PUBG, di mana treler rasmi PUBG x PUBG MOBILE x Porsche ditayangkan buat pertama kali. Treler berkenaan menonjolkan sinergi antara kedua-dua jenama yang bersama- sama melambangkan nilai ketepatan serta keyakinan dalam bidang masing-masing, sambil memaparkan secara visual usaha bersama mereka dalam mengejar kesempurnaan dan komitmen terhadap kecemerlangan.
Bagi pemain di PC dan konsol, kerjasama ini memperkenalkan rekaan khas kenderaan Porsche serta pelbagai barangan dalam permainan di Battlegrounds. Fasa kerjasama ini berlangsung dari 5 November, 10:00 pagi hingga 3 Disember, 8:00 pagi (MYT) bagi platform PC, dan dari 13 November, 10:00 pagi hingga 11 Disember, 8:00 pagi (MYT) bagi konsol. Sementara itu, bagi pemain PUBG MOBILE, kandungan kolaborasi ini akan tersedia mulai 5 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.
Bagi meraikan kerjasama ini, satu acara cabutan bertuah khas dalam permainan akan diadakan untuk pemain PC dan konsol. Dengan melengkapkan reka bentuk khas kenderaan Porsche atau menamatkan misi harian, pemain berpeluang memperoleh tiket cabutan bertuah dan menyertainya bagi memenangi hadiah eksklusif. Pemenang hadiah utama akan menerima jemputan ke PUBG UNITED 2025 di Bangkok, manakala pemenang di tempat kedua hingga kelima akan menerima ganjaran G-Coin dalam jumlah yang berbeza.
Pemain PUBG MOBILE boleh menantikan pengumuman rasmi tidak lama lagi yang akan memperincikan kandungan kolaborasi PUBG MOBILE x Porsche yang akan tiba sebagai sebahagian daripada Versi 4.1. Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran dan kemas kini, sila ikuti saluran rasmi PUBG MOBILE di Facebook, Instagram, X (Sebelumnya Twitter), and YouTube.
Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini serta acara berkaitan akan diumumkan melalui laman web rasmi, www.pubg.com

