
Samsung Galaxy J5 Pro, Kini Rupa Lebih Moden Dan Berkuasa!
Keluarga Samsung siri J5 ini sudah sekian lama menggunakan rekaan lama, oleh kerana pengeluar lain lebih mengutamakan reka bentuk dalam penghasilan telefon pintar, jadi Samsung mengambil keputusan untuk mengubah rupa fizikal dengan melancarkan Samsung Galaxy J5 Pro terbaru.
Model yang menerima peningkatan spesifikasi dari model asal Galaxy J5 (2017) hadir dengan paparan 5.2 inci HD penuh Super AMOLED, set cip kuasa Exynos 7870, RAM 3GB serta ruangan storan 32GB.
Manakala kamera pula lensa 13 Megapiksel diletakkan di depan dan juga belakang bersama-sama pengimbas cap jari di butang Home. Sistem operasi Android 7.0 Nougat di peranti ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,000mAh.
Kini, telefon pintar ini boleh didapati di pasaran Thailand dengan harga 9,990 Thai Baht (lebih kurang RM1,263) seunit.