Permainan Genre Seram Blair Witch Bakal Tiba Di Platform PS4 Pada 3 Disember Ini!

Bagi yang suka bermain game yang bertemakan seram pasti teruja dengan berita ini apabila Blair Witch telah diumumkan bakal tersedia bagi Playstation 4 mulai 3 Disember ini.

Perkara ini telah diumumkan oleh Bloober dan Lionsgate. Bagi yang tidak mengetahui, permainan ini adalah berkisar tentang pencarian orang hilang di dalam hutan. Menariknya, pemain akan di temani oleh seekor anjing.

Apa yang pasti, permainan ini tampil dengan resolusi 4K pada PS4 Pro yang pastinya memberikan kesan grafik yang lebih advanced kepada pemain!!!

Selain PS4, ia turut telah dikelarkan bagi platform PC, Xbox One dan sebahagian daripada Xbox Games Pass.

_____________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like