
Google Lancarkan Android Oreo (Go Edition) – Khas Untuk Telefon Pintar Berspesifikasi Rendah
Semasa pelancaran Google I/O pada bulan Mei yang lepas, Google memberitahu akan hadir dengan sistem operasi Android yang direka khas untuk telefon pintar berspesifikasi rendah. Terbaru, Android Oreo (Go Edition) kini sudah tersedia untuk pengeluar telefon pintar dan juga pembangun.
Android Oreo (Go Edition) direka untuk peranti yang mempunyai ruang RAM serendah 512MB sehingga 1GB. Di mana Google berjaya mengurangkan saiz aplikasi miliknya seperti Google Assistant, Google Maps, Gmail dan beberapa lagi. Ia bagi memberi peluang kepada pengguna untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Android 8.1 Oreo.
Buat masa sekarang, sistem operasi ini masih belum boleh digunakan oleh pengguna tetapi bergantung kepada pengeluar telefon pintar atau pembangun untuk menyiapkan versi Android Oreo (Go Edition) pada peranti masing-masing.

