HTC Desire 650 Dual SIM – Audio Mantap Pada Harga RM619

HTC Malaysia telah membawa masuk telefon pintar terbaru, HTC Desire 650 Dual SIM yang memiliki spesifikasi pertengahan dengan pilihan warna yang menarik. Rekaan pada bahagian belakang mendapat tekstur licin di atas, manakala tekstur beralun pula di bahagian bawah tetapi ia juga menawarkan rekaan yang ergonomik dan selesa dipegang. Di bahagian depan pula terdapat paparan 5 inci 720p dengan fungsi HTC Night Mode supaya ia sesuai digunakan dalam keadaan gelap tanpa memedihkan mata.

Apa yang diletakkan di dalam kerangka ini ialah set cip MediaTek MT6737t empat teras serta memori RAM 3GB dan 32GB storan dalaman. Kamera belakang pula menerima 13 Megapiksel f/2.0 dibantu sensor pencahayaan (BSI), sementara di depan kamera 5 Megapiksel dibina dengan fungsi HDR bagi menghasilkan gambar yang terang dan jelas serta rakaman video sehingga kualiti 720p.

HTC Desire 650 Dual SIM ini juga menyokong sambungan 4G LTE, dual SIM dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan masa berbual sehingga 13 jam, malah peranti ini dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow.

 

Spesifikasi
  • Paparan IPS 5 inci 1280 x 720p
  • Android 6.0 Marshmallow
  • Pemproses MediaTek MT6737t empat teras 1.5GHz
  • 3GB RAM, 32GB ROM (slot microSD)
  • Kamera belakang 13MP AutoFocus, BSI, HDR, Panorama
  • Kamera depan 5MP, BSI, video 720p
  • Sambungan LTE, Bluetooth 4.1, USB 2.0, 3.5mm audio jack
  • Bateri 3,000mAh
  • Berat 150g
  • Warna pilihan Dark Blue dan White

 

You might also like