MSI Perkenalkan Barisan Laptop Gaming Di Malaysia – Harga Bermula RM7,199 ~ RM26,499

MSI Malaysia hari dengan rasminya memperkenalkan barisan laptop gaming untuk pasaran Malaysia, dengan tawaran harga bermula RM4,999 sehingga RM26,499. Di antara produk yang diperkenalkan adalah GS65 Stealth Thin, GE Raider RGB Edition, dan juga GT75VR yang dikuasakan pemproses i9 untuk para peminat tempatan tidak lama lagi. Kesemua laptop ini dibawa masuk dengan isi dalaman serba canggih dengan adanya perisian Intel Generasi ke-8 bersama rekaan yang lebih agresif sesuai kepada para gamer di Malaysia.

GE Raider RGB Edtion – RM7,199 ~ RM8,999

Reka bentuk keseluruhan pada produk ini diilhamkan daripada sebuah kereta sukan dan PC Master Race’s Love, membuatkan permukaan luar dan dalam dilengkapi lampu berwarna pelangi. Lampu RGB ini memiliki 16.8 juta warna yang boleh dibahagikan kepada 24 zon berasingan.

Konfigurasi dalaman menempatkan pemproses Intel Core i7 disamping kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070. Ia dipadankan dengan paparan berteknologi 120Hz 3ms yang turut disejukkan menerusi dua kipas MSI Cooler Boost 5 serta isi dalaman lain seperti Bluetooth v5.0, Nahimic 3, Killer Networking dan banyak lagi.

GT75VR Titan (i9) – RM12,099 ~ RM26,499

Bagi pengguna yang lebih hardcore, sebuah laptop mungkin sesuai untuk digunakan kerana ia menjadi laptop gaming pertama di dunia menggunakan pemproses Intel Core i9. Menerusi papan kekunci mekanikal, model terbaru ini menawarkan pengguna prestasi tanpa batasan khususnya dalam bermain game. Rekaan yang tebal dalam masa sama memberikan pengguna gaya hidup kasual seperti sebuah komputer desktop.

Perkakasan yang lebih baik pada sistem kipas penyejuk MSI Cooler Boost Titan telah mendorong keputusan prestasi meningkat naik kepada 70 peratus berbanding Intel Core i7. Selain daripada bermain game, ia juga sesuai untuk melakukan produktiviti dalam kerja-kerja di meja pejabat.

Kepada yang berminat, boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini (6 April) sehingga 15 April 2018. 

  • Lazada >> goo.gl/Ez44uh
  • 11street >> goo.gl/DcmQkQ

You might also like