
Sebuah lagi laptop gaming yang diperkenalkan pada pelancaran MSI adalah GS65 Stealth Thin. Ia dilengkapi paparan IPS berteknologi 144Hz 7ms dengan ruang bezel nipis menjadikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 82 peratus termasuk kelengkapan kamera web di bahagian bawah skrin. Laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core i7 dan kad grafik GTX 1070 berteknologi NVIDIA Max-Q sekaligus melonjakkan prestasi sehingga 40 peratus lebih baik berbanding generasi sebelum.
Berat laptop ini adalah sekitar 1.8kg dimana ia juga hadir dengan sistem penyejuk MSI Cooler Boost Trinity serta bateri 82Whr yang boleh dioperasikan selama 8 jam lamanya. Pembaharuan telah dilakukan pada bahagian papan kekunci, kini ia didatangkan dengan RGB rekaan SteelSeries yang membolehkan pengguna menkustom setiap butang yang ada.
Ditawarkan pada harga RM4,999 sehingga 10,688, anda boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini (6 April) sehingga 15 April 2018 di :
Lazada >> goo.gl/Ez44uh
11street >> goo.gl/DcmQkQ