- Iklan -

Pengumuman Besar Dari CEO Maxis, Morten Lundal

- Iklan -

1Kepada mereka yang mengikuti perkembangan semasa di laman media sosial pastinya sedar tentang isu yang sedang hangat diperkatakan tentang pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Bermula dari perbandingan yang dilakukan berkenaan harga dan tawaran pakej yang ditawarkan Maxis, isu itu telah tersebar dan menjadi viral di kalangan netizen. Ramai pengguna merasakan Maxis menawarkan pakej “cekik darah” kepada pengguna dan ketinggalan dalam memberikan pengguna mereka pakej yang lebih kompetitif dari segi harga dan pakej data. Tidak beberapa lama selepas itu semakin banyak pengguna berkongsi bahawa mereka sudah pun beralih arah dan mendaftar dengan syarikat telco lain.

Hari ini CEO Maxis, Morten Lundal dan Dushyan (Consumer Business Maxis) telah tampil secara siaran langsung melalui laman Facebook Maxis untuk mengumumkan pakej tambah baik MaxisONE Plan yang bakal berkuat kuasa sekitar hujung bulan ini. Dushyan memberitahu bahawa pelan 1GB data Internet (RM 98/sebulan) bakal dinaik taraf kepada 5GB data Internet sebulan, dan pelan 3GB data Internet (RM128/sebulan) menjadi 8GB data Internet. Sementara menunggu pelan terbaru dilancarkan secara rasmi, Maxis akan memberikan 3GB data Internet percuma kepada pengguna MaxisONE Plan bermula minggu hadapan.

planLangkah ini dilihat sebagai usaha Maxis bagi mengelakkan lebih ramai pengguna beralih dari servis mereka dan ianya menjadi satu petunjuk bahawa pengguna mempunyai kuasa permintaan yang tinggi sekiranya mereka menyuarakan kehendak mereka dengan lebih lantang. Kesimpulannya kita bakal melihat persaingan yang lebih kompetitif antara syarikat telekomunikasi dari segi harga pada masa akan datang.

Video pengumuman dari Morten Lundal dan Dushyan SINI

 

 

- Iklan -

You might also like