Pakar Selfie Terbaru Dari OPPO Untuk Anda

- Iklan -

DSC_00241_meitu_11OPPO F1 merupakan sebuah smartphone yang menjadi kegilaan penggemar selfie kerana ia mempunyai kamera hadapan yang berkualiti tinggi. Demi meneruskan legasi smartphone selfie terbaik, OPPO telah membawakan versi terbaru F1 yang kini dikenali sebagai F1 Plus. Bertempat di kompleks membeli belah Sunway Pyramid, OPPO melancarkan smartphone terbaru mereka yang mempunyai kamera hadapan 16 megapiksel dengan sensor imej 1/3.1-inci.

o1

Selebriti terkenal, Nora Danish turut hadir ke majlis tersebut sebagai duta produk bagi mempromosikan F1 Plus. Di samping itu beliau juga turut melakukan demonstrasi fungsi terbaru kamera hadapan F1 Plus yang mampu menangkap gambar selfie 120 darjah, jadi anda boleh selfie secara berkumpulan dengan lebih mudah. OPPO F1 Plus juga kini hadir dengan kerangka unibody besi, cas pantas VOOC dan pengesan cap jari. OPPO mengumumkan bahawa F1 Plus akan dijual pada harga RM 1,898.

You might also like