
Real?! Rupa Sebenar HUAWEI P40 Pro Terdedah?!
Masuk ke tahun baru 2020, dunia peranti mudah alih tetap meriah dengan pelbagai pendedahan bagi peranti flagship antaranya siri HUAWEI P40, Samsung Galaxy S20 dan iPhone 12.
Terkini laman sesawang terdedah dengan gambar peranti yang dikatakan adalah rupa sebenar P40 Pro, yang mana ia hadir dengan rekaan hadapan berupa Samsung Galaxy S10 dan panel belakang berupa Galaxy S20.
Walaupun P40 Pro dalam gambar ini telah ditutup dengan sarung pelindung, namun berdasarkan rekaan sarung pelindung tersebut ia sepadan dengan gambar tertiris sebelum ini iaitu siri baharu ini menggunakan rekaan persegi panjang bagi kamera utama.
Siri HUAWEI P40 akan dilancarkan di Paris pada Mac 2020, adakah ia tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila rasmi dengan tanpa sokongan apikasi Google?

