
OPPO Malaysia telah mengesahkan tarikh pelancaran OPPO F7 yang akan berlangsung iaitu pada minggu hadapan, 19 April 2018. Bersama-sama itu, OPPO juga akan memulakan sesi pra-tempahan bermula pada 16 April hingga 18 April 2018, tiga hari sebelum pelancaran rasmi di Malaysia.
Tawaran pra-tempah untuk kali ini menawarkan pelanggan kotak hadiah bernilai RM299. Pra-tempahan ini boleh dibuat di kedai fizikal seperti OPPO Concept Store atau mana-mana 800 penjual yang sah seluruh Malaysia. Pra-tempah secara atas talian juga boleh dibuat di laman rasmi OPPO Online Store dengan meletakkan wang pendahaluan sebanyak RM100.
OPPO F7 yang bakal bertemu pengguna di Malaysia akan dilengkapi kamera swafoto 25 Megapiksel bersama ciri bantuan kecerdasan-buatan (AI). Reka bentuk telah diberi nafas baru melalui skrin bertakuk, lebih kurang seperti peranti pesaingnya iaitu vivo V9. Selain itu, peranti ini akan duduk dibawah kategori peranti pertengahan.