
Semalam kami ada kongsikan artikel berkenaan duta terbaharu OPPO F7 iaitu Hebe Tien akan berganding bersama Neelofa dalam majlis pelancaran tidak lama lagi. Hari ini pula, OPPO mengumumkan tarikh khusus pelancaran OPPO F7 untuk pasaran di Malaysia. Tanggal 19 April 2018 dipilih sebagai hari pelancaran, maka pada hari itu juga harga peranti turut diumumkan.

OPPO F7 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang menfokuskan ciri-ciri penggambaran. Dikatakan, peranti ini akan dilengkapi kamera depan sebesar 25 Megapiksel dan AI Beauty generasi kedua untuk meningkatkan lagi pengalaman swafoto kepada pengguna.
Tiada info yang mendalam mengenai peranti dikongsi oleh pihak OPPO Malaysia, apa-apapun kita tunggu sahaja sehingga pengumuman selanjutnya kelak.

