
Hari ini, nampaknya keempat-empat telco yang terkenal di Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk model iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Peranti yang mendapat sambutan hangat dari pengguna dikhabarkan akan tiba di Malaysia pada 14 Oktober 2016.
Apple buat pertama kalinya memperkenalkan peranti dwi kamera yang canggih, jangka hayat bateri yang lebih baik serta perlindungan daripada air dan juga debu.
Maxis dan Celcom membolehkan pelanggan membuat tempahan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bermula 7 Oktober 2016 di laman Maxis. Manakala U Mobile telah membuka pra-tempahan bermula hari ini. Cuma Digi sahaja yang belum diketahui bila ia akan membuka pra-tempahan.





