
Video Acah Permainan Plants VS Zombies: Battle For Neighborville Tertiris – Pamer Pelbagai Watak Unik Dan Kuasa Baharu
Permainan Plants VS Zobies: Garden Warfare pastinya tidak asing lagi dalam kalangan peminat game di Malaysia. Kecomelan namun memerlukan taktikal ketika bermain membuat ia sangat popular. Justeru EA (Electronic Arts) mungkin akan melancarkan siri terbaharu game ini.

Dalam 1 video acah yang tertiris menerusi akaun Twitter Uncharted Scopes, telah mempamerkan permainan tersebut yang dikenali sebagai Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville. Ia dikahabarkan akan turut menyertakan penembak pandang ketiga.
https://www.youtube.com/watch?v=agX8l1FviVs
Menariknya, menerusi video tersebut mempamerkan pelbagai watak di dalam permainan ini yang sangat comel dan unik.
Permainan ini dikhabarkan masih lagi diperingkat pembangunan dan tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh EA. Jadi sama-sama kita nantikan perkembangannya.
____________________________
Artikel Berkaitan:

