
Berita baik buat sesiapa yang ingin memiliki peranti terbaharu daripada Samsung iaitu Galaxy Note 10 dan Note 10+ masing-masing pada harga serendah RM79/sebulan dan RM99/sebulan bermula dari 18 Ogos. Pelanggan yang berminat boleh melakukan pra-tempahan di Digi Online Store.
Peranti ini akan tersedia menerusi program pemilikan PhoneFreedom 365 (PF365), yang mana pelanggan boleh memiliki peranti berkenaan tanpa perlu membayar wang pendahuluan atau caj faedah. Pelanggan yang mendaftar menerusi Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 turut menerima hadiah berupa Digi Shield yang melindungi telefon anda daripada kemalangan atau kerosakan cecair selama 2 tahun.
Berikut adalah Pelan Pascabayar yang boleh dilakukan bagi pra-tempahan ini:
Galaxy Note 10

- Harga bayaran bulanan x 24 bulan.
| Digi Postpaid 80* |
RM139 |
| Digi Postpaid 120 |
RM129 |
| Digi Postpaid 160 |
RM99 |
| Digi Postpaid 190 |
RM79 |
Galaxy Note 10+ (naik taraf memori dari 256GB kepada 512GB secara percuma)

- Harga bayaran bulanan x 24 bulan.
| Digi Postpaid 120 |
RM149 |
| Digi Postpaid 160 |
RM119 |
| Digi Postpaid 190 |
RM99 |
Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang melakukan pra-tempahan 2 model ini yang mana anda akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1159. Pra-tempahan Galaxy Note 10 akan menerima Galaxy Buds (bernilai RM499), 1 tahun jaminan perlindungan tambahan dan Perlindungan skrin 1 kali (bernilai RM280) dan wireless battery pack (bernilai RM279).
Berminat, boleh beli di:
Manakala pelanggan yang melakukan pra-tempahan bagi model Galaxy Note 10+ pula akan menerima Memori yang dinaik taraf daripada 256GB kepada 512GB (bernilai RM600), 1 tahun perlindungan tambahan dan perlindungan skrin 1 kali (bernilai RM280) dan wireless battery pack (bernilai RM279).
Pelanggan yang melakukan pra-tempahan akan menerima Galaxy Note 10 bermula dari 22 Ogos. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Digi.
_______________________
Artikel Berkaitan:
- Skor DxOMark Mencapai 113 – Samsung Galaxy Note 10+ 5G Menjadi Peranti Terbaik Di…
- Pra-Tempahan Siri Samsung Galaxy Note 10 Bersama Maxis – Nikmati Hadiah Menarik Sebanyak RM1,159!
- Kenapa Buang Bicu Audio Pada Samsung Galaxy Note 10? Ini Jawapan Samsung…
- 10 Penambahbaikan Samsung Galaxy Note 10!!! WOWW Gilerrr!!!

