
Contoh Gambar Rakaman Kamera Meizu Pro 7 – Langkah Pasaran Yang Strategik

Kami baru teringat dengan kata-kata Gary Xu, selaku Pengarah Meizu Rantau Asia Tenggara pada bulan April lalu. Dalam majlis pelancaran terdahulu, Gary menyatakan bahawa majikannya merancang untuk menarik perhatian arena teknologi dunia pada tahun ini. Ternyata apa yang diberitahu itu benar, kini kita boleh melihat peranti dari China, Meizu Pro 7 sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Terbaru, Meizu telah berkongsi empat contoh gambar hitam putih yang diambil menggunakan peranti dwi kamera Pro 7. Berdasarkan gambar yang dirakam, hasilnya juga agak baik dan setanding kamera profesional.


Helah ini dilakukan supaya dapat menarik minat pembeli lebih awal sejurus dilancarkan kelak. Meizu Pro 7 akan diperkenalkan pada 26 Julai minggu hadapan.

