ASUS ZenWatch 2 Sedia Menerima Android Wear 2.0

Jam tangan pintar tidaklah serumit seperti telefon pintar melakukan tugas, tetapi sebagai peranti mudah alih ia perlu dikemas kini supaya perisiannya lebih stabil selain mengoptimumkan prestasi. Oleh itu, ASUS telah mula mengeluarkan kemas kini Android Wear 2.0 kepada pengguna ZenWatch 2.

Jika anda seorang yang bukan penyabar, ASUS juga telah menyenaraikan cara-cara bagaimana untuk memasang kemas kini ini di peranti Android secara tidak rasmi. Di dalam kandungan tersebut, ia mengandungi saiz muat turun fail melalui OTA.

Android Wear 2.0 membawakan peningkatan termasuk mengoptimumkan peranti serta ciri terbaru yang menyokong Android Pay, NFC, antaramuka baru, menambah baik notifikasi, dan ciri Google Assistant.

You might also like