Intai Fungsi Android Pay Pada Android Wear 2.0

1Android Pay 2.0 yang pada bila-bila masa akan diumumkan hari ini akan menyokong fungsi pembayaran atas talian Android Pay.

Imej antaramuka fungsi ini sudah pun mula berlegar di Internet dan seperti yang dijangkakan cara menggunakan fungsi ini amat mudah.  Anda cuma perlu buka aplikasi pada jam tangan anda, pilih kad kredit/debit yang mahu digunakan dan dekatkan jam tangan dengan sokongan sistem operasi Android Wear 2.0 dan NFC ke terminal bayaran. Segala notifikasi dan maklumat pembayaran akan dipaparkan pada muka jam.

2Sistem pembayaran Android Pay merupakan alternatif bayaran yang amat mudah dan pantas. Dengan integrasi teknologi tersebut ke dalam jam tangan pintar, proses pembayaran selepas ini lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan smartphone anda.

You might also like