Tidak Mengejutkan… Insiden Kebakaran Di Kilang Pengeluaran Bateri Samsung Galaxy Note7

2205
- Iklan -

1Sebuah insiden kebakaran kecil dilaporkan telah terjadi di salah sebuah kilang Samsung SDI di China. Samsung SDI merupakan fasiliti pengeluaran bateri utama bagi Samsung, yang juga bertanggungjawab menghasilkan bateri untuk Galaxy Note7 yang menjadi topik hangat pada tahun lalu.

Menurut Reuters, jurucakap Samsung, Shin Yong Doo berkata kebakaran berlaku di bahagian barang buangan dan sisa kilang. Kebakaran yang berjaya dikawal dengan baik itu tidak mengganggu sebarang operasi pengeluaran dan bahagian utama lain kilang tersebut.

headerNamun jabatan bomba pula melaporkan cerita yang berbeza. Menurut mereka, kebakaran yang terjadi berpunca daripada bateri lithium dalam bengkel pengeluaran dan beberapa produk bateri separuh siap. Kebakaran “kecil” yang dilaporkan Samsung telah berjaya dipadamkan oleh 110 anggota bomba dan 19 trak pemadam api, lapor jabatan bomba tersebut. Nampak seperti sebuah kebakaran yang agak besar di situ.