[Tertiris] Meizu 15 Plus Sokong Paparan Penuh Mirip Seperti Xiaomi Mi MIX

Jika sebelum ini eRing telah berkongsi ketirisan gambar serta spesifikasi asas model Meizu M6s, kini satu lagi peranti terbaru keluaran jenama itu telah berjaya diperolehi. Berbeza dengan model keluaran Meizu sebelum ini, Meizu 15 Plus ternyata mampu menarik perhatian ramai kerana ia dilihat menggunakan paparan skrin penuh mirip seperti yang dapat dilihat pada Xiaomi Mi MIX 2.

Walaupun masih belum dapat disahkan lagi sama ada ketirisan gambar ini benar-benar asli atau tidak, gambar ketirisan Meizu 15 Plus yang dikongsikan melalui laman sosial popular di China iaitu Weibo ini jelas memperlihatkan kedudukan kamera depan masih dikekalkan pada bahagian atas skrin. Manakala bahagian panel belakangnya pula tersedia dengan dwi kamera serta butang kawalan mBack yang boleh didapati pada kebanyakan peranti keluaran Meizu sebelum ini.

You might also like