Gionee S11 Dengan Empat Kamera Akan Dilancarkan Januari Tahun Hadapan

Gionee yang bakal membuka tirai tahun 2018 bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Gionee S11. Peranti ini bakal dipasarkan di India di bawah kategori pertengahan selepas ia diperkenalkan di China beberapa bulan lalu bersama dua lagi model dalam siri yang sama.

 

Gionee S11 tampil dengan paparan 18:9 FullView Display 5.99-inci selain menempatkan empat sensor kamera. Dua di belakang menggunakan sensor 16MP + 5MP dan di sebelah depan menerusi kamera 16MP + 8MP. Konfigurasi kamera sebegini boleh boleh dikatakan masih baru untuk pasaran telefon pintar masa kini.

Bagi menggalas sistem perisian, Gionee S11 dimuatkan pemproses MediaTek Helio P23 bersama memori RAM 4GB atau 6GB dan storan seluas 64GB. Perkakasan lain turut dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 3,410mAh, slot hybrid dwi-SIM, antaramuka Amigo OS 5.0, dan Android 7.1 Nougat.

Peranti ini dijual di India pada harga INR17,637 (RM1,119) sebuah.

Sumber

You might also like