Huawei Beri Face Unlock Dan AR Lens Untuk Pengguna Nova 2i

Huawei baru sahaja mengumumkan dua ciri eksklusif Face Unlock dan AR Lens kepada pengguna Huawei Nova 2i. Ciri ini tidak lama lagi boleh dinikmati oleh pengguna Huawei Nova 2i di Malaysia bermula 30 Januari depan dalam bentuk kemas kini.

Face Unlock merupakan ciri keselamatan yang membolehkan pengguna mengakses atau membuka kunci pada peranti hanya menggunakan wajah. Sistem pengecaman ini juga ia mampu membaca 1000 titik di wajah dan ia sama sekali tidak boleh dinyahkunci sekiranya pengguna menutup mata. Ini secara tidak langsung memastikan tahap keselamatan yang lebih baik kerana peranti tersebut tidak akan boleh diakses oleh pihak lain apabila pemilik peranti sedang tidur.

Gambar rujukan

AR Lens pula berfungsi di bahagian empat kamera Huawei Nova 2i. Melalui fungsi ini, pengguna boleh mengambil gambar swafoto menggunakan efek bokeh disamping latar belakang lebih ceria seperti contoh menara Eiffel, Big Ben London, Harbour Bridge, Sydney dan bermacam lagi.

Pengguna Huawei Nova 2i boleh mendapatkan ciri ini menerusi kemas kini di ruangan Settings > System Update > Klik butang 3 titik (sebelah kanan atas).

Jika anda berminat untuk mendapatkan Huawei Nova 2i, ia boleh dibeli pada harga RM1,299 dalam pilihan warna Graphite Black, Prestige Gold, dan Aurora Blue (edisi terhad) di Huawei Experience Store, Display Zones, dan wakil sah Huawei seluruh Malaysia.

You might also like