
Hai semua, kami ada berita baik untuk anda! Anda nak memiliki telefon pintar Honor 8X?Haaa…Dengan hanya menari, kini anda berpeluang untuk memenangi seunit Honor 8X! Tak percaya?! Baca selajutnya…
Honor Malaysia bersama rakan-rakan dutanya iaitu SonaOne, Zizan Razak dan Michiyo Ho berbesar hati mengajak anda semua untuk sertai cabaran tarian di Instagram dan TikTok yang dinamakan #8XDance challenge.
Peraduan ini terbuka kepada orang ramai dan ianya berlangsung mulai 8 November sehingga 30 November 2018. Video yang mendapat jumlah tanda suka dan tontonan terbanyak akan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak Honor!
Anda beminat untuk sertai? Jom ikuti langkah mudah di bawah…
Langkah 1 : Rakam dan tiru gerakan tarian daripada salah seorang duta menggunakan aplikasi TikTok – Terdapat tiga jenis tarian yang boleh dipilih iaitu Zizan Dance, SonaOne Dance & Michiyo Dance.
Langkah 2 : Kongsikan video tersebut di media sosial (TikTok atau Instagram) dan lengkapkan entri anda dengan hashtag : #8xSonaone (untuk SonaOne Dance), #8xZizan (untuk Zizan Dance) atau #8xMichiyo(untuk Michiyo Dance). Pastikan tetapan akaun media sosial anda ditetapkan kepada UMUM.
Langkah 3 : Jangan lupa juga tag @Honor Malaysia (untuk posting di TikTok) dan @honormalaysia (untuk posting di Instagram). Sertakan juga hashtag berikut : #8XDance untuk memenuhi syarat.
Pemenang bertuah cabaran ini akan memenangi hadiah menarik yang merupakan telefon Honor 8X itu sendiri! Tunggu apa lagi? Menarilah sekarang dan menang!! Untuk maklumat lanjut, layari SINI.
Baca juga :
- Perbandingan Peranti Setaraf Dengan Honor 8X, Siapa Lebih Menyerlah?!
- Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa Hanya 20 Minit!
- Rasmi! Honor 8X Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM949
- Honor 8X Kini Boleh Di Dapati Dalam Warna Merah