HUAWEI MatePad Pro Dengan HarmonyOS Kini Rasmi Bagi Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga RM3999!!!

Berita baik buat peminat HUAWEi apabila HUAWEI Malaysia telah melancarkan peranti baharu iaitu HUAWEi matePad Pro dengan sistem operasi HarmonyOS yang dijual pada harga RM3999.

peranti yang bersaiz 12.6″ ini hadir dengan pemproses Kirin 9000E dan dipadankan dengan storan sebesar 256GB dan RAM sebesar 8GB.

Dari aspek kamera pula, ia hadir dengan 13MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan. Ia juga turut hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 10050mAh.

Apa yang menjadi sorotan bagi peranti ini adalah sistem operasinya yang mana ia hadir dengan HarmonyOS yang menyertakan beberapa ciri menarik seperti Widget dan sokongan skrin kedua.

Anda kini boleh melakukan pratempahan mulai hari ini.

You might also like