
Sokongan Peranti Pebble Berakhir Hujung Tahun 2017
Ini adalah sambungan kepada berita penjualan Pebble yang kini dimiliki Fitbit. Ramai pemilik Pebble gusar akan masa depan peranti mereka selepas Pebble di dalam genggaman Fitbit yang bertindak menghentikan semua jualan dan penghasilan jam tangan pintar Pebble.
Sehubungan dengan itu, Pebble mengeluarkan kenyataan bahawa peranti Pebble sedia ada akan menerima sokongan perisian sehingga hujung tahun 2017. Sokongan ini akan menyaksikan Pebble melancarkan sokongan perisian bagi memastikan Pebble dikemas kini secara baik sepanjang tahun hadapan dan mungkin akan mengeluarkan ciri dan fungsi baru sebelum Pebble menutup operasi mereka.
Tempoh satu tahun ini juga kami rasakan sesuai untuk anda mula mencari jam tangan pintar baru bagi menggantikan Pebble anda.