Mesej Berkumpulan Diperkenalkan Di Snapchat

1Versi Snapchat terkini membawakan Groups, sebuah fungsi mesej berkumpulan yang sebelum ini telah diminta ramai pengguna Snapchat.

Sebelum ini Snapchat terhad kepada perbualan satu-satu individu sahaja, dan fungsi terbaru ini membolehkan seramai 16 orang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perbualan. Seperti mesej Snapchat biasa, mesej yang dihantar Groups boleh dibuka sekali dan aktif selama 24 jam selepas dihantar. Selepas tempoh tersebut, kesemua mesej yang dihantar ke dalam Groups akan dipadam.

You might also like