Derma Pensil Atau Pen Terpakai Untuk Memenangi Acer Switch Alpha 12

Acer Switch Alpha 12Dengan hanya menderma pensil atau pen terpakai, orang ramai berpeluang untuk membawa pulang Acer Switch Alpha 12, laptop 2 dalam1 yang pertama mempunyai sistem penyejukan cecair!

Bermula dari sekarang sehingga 30 September 2016, Acer Malaysia menjalankan kempen untuk mengumpul pensel dan pen untuk didermakan kepada pelajar kurang bernasib baik. Orang ramai boleh membawa pen atau pensil yang masih boleh digunakan dan letakkan ia ke dalam kotak yang disediakan di lokasi-lokasi tertentu.

Sebagai balasan kepada sumbangan anda, penderma akan berpeluang untuk memenangi sebuah Acer Switch Alpha 12 yang mempunyai paparan sentuh 12 inci dengan resolusi
2160 x 1440 piksel. Acer Malaysia berharap dapat mengumpul sejumlah 10,000 pensil boleh guna dan pen pada akhir kempen.

Kempen Acer #13HourOutfitChallengeKempenDi samping itu, dari sekarang hingga 25 September 2016, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan harian Acer #13HourOutfitChallenge dengan mengambil gambar dan berkongsi di Facebook dan Instagram dari 10:00 pagi sehingga 11.00 malam untuk berpeluang memenangi mana-mana tiga hadiah harian daripada Uniqlo berupa baucar bernilai RM150 dan baucar Acer bernilai RM300.

Bukan itu sahaja, tiga pemenang harian berpeluang memenangi komputer riba Acer Aspire S 13 dan seorang pemenang bertuah berpeluang muncul di dalam majalah fesyen yang terkenal.

Acer Aspire S13

You might also like