Nokia 8 Akan Menggunakan Android 8.0

Dua minggu lagi Nokia 8 akan dilancarkan secara rasmi. Melalui satu ketirisan yang sedang tersebar di arena sesawang, Nokia 8 akan dibekalkan dengan perkakasan berspesifikasi tinggi menjadikan ia sebuah peranti utama HMD Global pada tahun ini.

Dalam satu ujian Benchmark yang dijalankan, ia memaparkan pemproses Snapdragon 835 dan RAM sebesar 4GB akan dimuatkan ke dalam Nokia 8. Menariknya sistem operasi Android 8.0 (Android O) ialah kali pertama dilihat dalam ujian benchmark untuk sebuah telefon pintar. Sementara, pada tahun lepas peranti LG V20 adalah yang pertama menggunakan Android 7.0, diikuti barisan siri Nexus oleh Google.

Jika agenda yang disusun oleh HMD untuk memajukan Nokia ini berjaya dilakukan, mungkin di tahun yang mendatang kita akan melihat ramai di luar sana kembali menggunakan jenama Nokia semula.

You might also like