
HMD Akan Melancarkan Nokia 8 – Paparan QHD Dan RAM 4GB

Tahun ini sahaja HMD Global sudah melancarkan empat model terbaru Nokia, bukan itu sahaja, dikhabarkan mereka akan menampilkan telefon pintar kelas flagship pada 31 Julai depan dengan tanda harga Euro 600 dan selepas tukaran mata wang, ia hampir ke RM3000. Harga seperti ini juga sudah semestinya akan dilengkapi dengan ciri-ciri premium dan fungsi menarik.

Selain itu, maklumat dari ujian AnTuTu Benchmark yang dilakukan Nokia 8 (dikenali Nokia 9) pada sebelum ini, ia akan dimuatkan dengan memori RAM 4GB beserta ruang storan sebanyak 64GB bersama cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835. Sementara, paparan sebesar 5.3 inci dengan resolusi 2K QHD juga akan dimuatkan pada peranti Nokia 8 tahun ini.
Baca juga: Nokia 9 Hadir Dengan Snapdragon 835 dan RAM 4GB?!
HMD Global juga tidak mahu ketinggalan dalam arena smartphone, kali ini akan melengkapkan peranti high-end mereka dengan sistem dwi kamera di bahagian belakang. Sensor yang dibekalkan dikatakan akan menggunakan 13 Megapiksel jenis RGB dan monochrome. Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi belum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Justeru, apa yang boleh dikatakan Nokia nampaknya bergerak agresif pada tahun ini bertujuan untuk memberikan saingan kepada Samsung, Apple, dan Huawei. Di samping, pasaran telefon pintar kini lebih dimonopoli syarikat dari China.

