Sesi Beta Tertutup Bermula November Ini Bagi One Punch Man: A Hero Nobody Knows!!!

Siapa yang tak kenal One punch Man, Anime yang sangat popular dikalangan generasi muda. Terbaharu Bandai Namco telah mengumumkan sesi beta tertutup bagi permainan One Punch Man: A Hero Nobody Knows yang mana akan bermula pada November ini.

Bagi yang ingin mencuba sesi beta tertutup ini, boleh melihat jadual seperti berikut:

Sesi 1: Jumaat, 1 November – 17:00 hingga 19:00
Sesi 2: Sabtu, 2 November – 13:00 hingga 15:00
Sesi 3: Ahad, 3 November – 04:00 hingga 06:00
Sesi 4: Isnin, 4 November – 04:00 hingga 06:00

Namun disebabkan ia adalah tertutup, jadi slot adalah terhad. Jika anda berminat anda boleh mendaftar dengan klik di sini.

https://youtu.be/j2vMtiCYNCQ

Bagi meneruskan keterujaan berita ini, Bandai Namco turut memperkenalkan trailer terbaharu One Punch Man: A Hero Nobody Knows yang akan dilancarkan menerusi konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

__________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like