
Bermula dari 19hb Januari, anda boleh membeli vivo Y95 berwarna edisi Aurora Red pada harga RM999 di semua kedai konsep vivo dan pengedar sah. Setiap pembelian peranti ini juga akan mendapat percuma sebuah vivo backpack edisi terhad.
vivo Y95 hadir bersama paparan skrin Halo FullView™ berukuran 6.22 inci, nisbah skrin-ke-kerangka mencapai sehingga 88.6%. Rekaan seperti titisan air ini terletak sebuah kamera swafoto beresolusi 20MP yang menyokong ciri AI swafoto, sementara panel belakang terletak 13MP + 2MP kamera utama.
Y95 boleh menjalankan pelbagai aplikasi dengan mudah dan lancar, semua ini bergantung kepada RAM 4GB dan pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon dengan reka bentuk 12nm. ROM 64GB juga memberikan anda kebebasan yang mencukupi untuk menyimpan apa sahaja yang anda inginkan tanpa risau ruangan storan.
Bateri berkapasiti 4,030mAh dilengkapi dengan sistem pengurusan kuasa pintar, Y95 beroperasi di bawah sokongan Android 8.1 Oreo dan antaramuka FunTouch OS 4.5.
Anda juga boleh dapatkan peranti ini di telco Hotlink serta laman e-dagang Lazada, maklumat selanjut boleh klik pautan di bawah.
- Dapatkan vivo Y95 Secara Eksklusif Di Hotlink Pada Harga RM399
- Pra-Tempah vivo Y95 & Dapatkan Diskaun RM100 Hanya Di Lazada!

