
vivo Y95 Kini Rasmi Di India – Sokong Bateri 4,030mAh, Kamera AI Swafoto 20MP & Snapdragon 439
Baru-baru ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai peranti dari kategori kelas pertengahan vivo, iaitu vivo Y95.
Baca juga : TERTIRIS! vivo Y95 Hadir Bersama 20MP AI Swafoto!
Kini, vivo Y95 telah diperkenalkan secara rasmi di India dan ia merupakan peranti siri Y pertama yang menggunakan rekaan paparan titisan air, atau lebih dikenali sebagai Halo FullView Display sepertimana V11.
Menampilkan paparan skrin 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel), telefon pintar ini turut dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 439 bersama 4GB RAM dan 64GB ROM dengan sokongan kad microSD sehingga 256GB. Ternyata ia juga merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemproses ini.
Lebih menarik, vivo Y95 juga hadir bersama dwi-kamera utama 13MP + 2MP dengan LED Flash, manakala kamera hadapan juga menyokong AI Swafoto dengan resolusi 20MP. Peranti ini dibekalkan bateri berkapasiti 4,030mAh, di bawah sokongan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan antaramuka Funtouch OS 4.5.
Sistem keselamatan pengimbas cap jari masih kekal sama di panel belakang, serta terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Nebula Purple dan Starry Black. vivo Y95 ditawarkan pada harga Rs. 16,990 (kira-kira RM1,006).
[SUMBER]

