

Kurang sebulan lagi tahun 2017 akan melabuhkan tirainya, oleh itu Motorola kini sedang mengadakan promosi di mana mereka kini menyediakan hadiah keseluruhan RM80 ribu untuk diberikan kepada para pelanggannya.

Ia diadakan bersempena Hari Natal yang akan disambut tidak lama lagi. Berlangsung dari 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018, pelanggan yang membuat pembelian telefon pintar Motorola akan menerima hadiah dan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.
Hadiah cabutan bertuah merupakan :
- 10 x unit Lenovo Legion Y520-15IKBN (laptop gaming).
- 30 x keping baucar Air Asia Travel (bernilai RM500).
- 60 x unit Lenovo G03 Heart Rate Bands.
Manakala untuk hadiah selepas pembelian, pelanggan akan dijanjikan:
- Kad SD 16GB.
- Baucar beli-belah RM20
- Baucar beli-belah RM50
- Sepasang tiket wayang
- Fon telinga Skullcandy
Cara untuk menyertai mudah sahaja, anda perlu ikuti langkah-langkah mudah ini:
- Beli peranti Motorola terpilih di kedai terpilih.
- Daftar di laman sesawang Motorola Christmas.
- Main roda maya di laman sesawang untuk mengetahui hadiah yang akan diterima (termasuk penyertaan cabutan bertuah).

Pelanggan yang membuat pembayaran untuk Moto Z2 Play akan membawa pulang kotak misteri bernilai RM747, sementara untuk Moto M (RM999) anda akan terima rebat tunai RM200 untuk tukar-ganti peranti.
Di samping itu, Moto G5 Plus dijual dengan tanda harga RM999, Moto E4 (RM549), Moto E Plus (RM799), Moto C (RM399), Moto C Plus (RM499), Moto Z2 Play (RM1999), Moto Z (RM2699) dan Moto Z Play (RM1899). Sementara, model baharu Moto X4 pada harga RM1899.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Facebook Moto Malaysia atau beli terus di kedai rasmi di Lazada.

