
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum pelancaran secara rasmi HUAWEI siri P30 di Paris iaitu pada 26 Mac 2019. Kita juga sudah tahu bahawa ia akan tersedia di Singapura pada 6 April dan sudah hampir pasti bahawa Malaysia juga tidak akan ketinggalan dalam ketersediaan tersebut.
HUAWEI juga sudah mengesahkan bahawa salah satu hadiah percuma kepada pengguna yang membeli siri HUAWEI P30 apabila ia tersedia di Malaysia nanti.

HUAWEI bakal memberikan ganjaran kepada pembeli terawal bagi setiap pembelian HUAWEI P30 dengan 1 unit HUAWEI Backup yang mana ia dihadirkan dengan 1TB external hard drive. ia juga tersedia dengan 5V2A, 9V2A HUAWEI fast charge atau 5V4.5A HUAWEI super-fast charge adapter. Pembeli yang berminat perlu sentiasa peka tentang hadiah percuma ini. Tambahan lagi, terdapat promosi jualan yang akan didedahkan pada pelancaran tersebut.
Selain itu, HUAWEI juga akan menambah lokasi di mana pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan siri HUAWEI P30 pada hari berkenaan yang mana tarikh akan diumumkan kelak.
Bagi menonton pelancaran siri HUAWEI P30 secara langsung bolehlah menonton di Youtube HUAWEI, Facebook HUAWEI atau Twitter HUAWEI.
_______________________________
Baca juga:
- Gaun Fasha Sandha Di Bawah Lensa HUAWEI P30 – Lebih Menakjubkan
- Hands-On HUAWEI P30 Pro Tertiris!
- Siri Huawei P30 Dedah Lagi Kebolehan Rakaman Video Zum + Dual-View Video
- Spesifikasi Kamera HUAWEI P30 Pro Terdedah – 4 Kamera Leica + 10x Hibrid Zum…
- Video Penggoda Baru Siri HUAWEI P30 Dedah Kehebatan Fotografi Malam

