Jualan Honor 9 Sebanyak 1 Juta Unit Pada 28 Hari Pertama!

Honor telah melancarkan peranti flagship mereka pada pertengahan bulan lepas, selepas 28 hari dibuka untuk jualan, Honor 9 mencatatkan rekod penjualan sehingga satu juta unit secara global.

Menurut CEO Honor, mereka hanya dapat menjual model Honor 8 pada tahun lepas dengan jumlah 1.5 juta unit dalam masa dua bulan, tetapi apa yang berlaku pada tahun ini agak mengejutkan baginya dan pasukan.

Penjualan sebanyak ini telah memecah rekod prestasi Honor, kata Zhao Ming. Namun, kejayaan ini masih lagi merisaukannya kerana stok untuk diedarkan adalah sangat terhad. Walau bagaimanapun, Zhao Ming akan mencari jalan menyelesaian untuk memastikan isu stok terhad ini diselesaikan dengan segera.

You might also like