
Kelibat Kotak Pembungkusan Xiaomi Redmi Note 5A Diperlihat
Belum dirasmikan dan diumumkan tetapi gambar kotak pembungkusan Xiaomi Redmi Note 5A telah tertiris. Gambar ini dipercayai dirakam oleh pekerja stor kilang di China. Kotak yang berwarna merah serta tulisan putih ini sekurang-kurangnya mengandungi spesifikasi ringkas yang tertulis di bahagian belakang.
Xiaomi Redmi Note 5A kali ini hadir dengan saiz paparan bersaiz 5.5 inci HD penuh, cip pemproses Qualcomm Snapdragon 625 serta memori RAM 4GB dan storan sebesar 64GB. Berkemungkinan peranti ini dilengkapi dengan tiga kamera secara keseluruhan iaitu dua di belakang dan satu depan.
Kamera utama menggunakan sensor OmniVision 12 Megapiksel (OV12A10) dan 13 Megapiksel (OV13880), manakala kamera depan adalah 5 Megapiksel (S5K5E8) jenis Samsung.
Tarikh pelancaran bagi model Xiaomi Redmi Note 5A akan berlansung serentak melalui pelancaran model Xiaomi Redmi Note 5, yang mana peranti ini pula hadir dengan satu sensor kamera di belakang. Manakala, set cip pula menggunakan Snapdragon 630 atau 660 dan paparan 5.5 inci HD penuh serta RAM 3GB atau 4GB.

