OnePlus 5T Set Malaysia Nak Dibawa Masuk?!

Kemas Kini : Harga Rasmi OnePlus 5t sudah diumumkan;

6GB RAM | 64GB ROM – RM2449
8GB RAM | 128GB ROM – RM2749

Ramai yang tertanya-tanya adakah peranti OnePlus terbaru OnePlus 5T set original Malaysia akan dibawa masuk? Boleh dikatakan ya, kerana baru-baru ini Brightstar Distribution Sdn. Bhd baru sahaja memuat naik satu video acah mengenai peranti tersebut.

Dikhabarkan pengguna di Malaysia atau peminat OnePlus boleh mendapatkan peranti tersebut sebelum Hari Natal yang bakal tiba nanti. Namun, buat masa ini pihak Brightstar masih lagi belum mengumumkan tarikh sebenar ia akan dipasarkan.

OnePlus 5T merupakan sebuah telefon pintar yang dikemas kini daripada model sebelumnya iaitu OnePlus 5. Walaupun ia produk dikemas kini, OnePlus telah melakukan perubahan pada rupa luarannya dengan meletakkan skrin hampir penuh di depan.

Menggunakan paparan beresolusi 1080 x 2160 HD penuh+, skrin ini direka lebih besar berbanding sebelumnya iaitu bersaiz 6.01 inci dengan ruang dagu dan atas yang nipis. Ini menyebabkan pengimbas cap jari telah dialihkan ke bahagian belakang.

 

Kamera utama pada peranti ini dibekalkan sensor 20 Megapiksel dan 16 Megapiksel bersama aperture seluar f/1.7. Selain itu, OnePlus 5T masih mengekalkan cip pemproses berkuasa Snapdragon 835, RAM sehingga 8GB, dan storan sehingga 128GB.

Bateri yang membantu menjana keseluruhan telefon dilihat agak kecil iaitu hanya 3,300mAh, tetapi dengan teknologi pengecasan pantas Dash Charger pengguna tidak akan berasa ia sebagai satu kekurangan.

Sumber : Brightstar Malaysia

You might also like