HEX Berikan Dark Vader Untuk Jaga iPhone X Anda

Jika anda salah seorang pengguna iPhone X yang sudah menghabiskan sejumlah wang yang banyak. Tidak mungkin anda akan menggunakan peranti tersebut tanpa sebarang perlindungan luaran.

Storm Troopers

Oleh itu, sudah pasti anda inginkan sesuatu untuk melapiknya bukan, di sini HEX menampilkan sarung pelindung bertemakan Star Wars. Menggunakan bahan berasaskan kulit asli, sarung ini juga turut dihiasi corak 3D topeng Dark Vader, Storm Troopers, R2D2, Rebel Pilot dan Bobba Fett.

Rebel Pilot
R2D2
Bobba Fett

Sarung ini direka khusus bagi anda yang menggunakan iPhone 7/7 Plus, iPhone 8/8 Plus, dan sudah tentu yang terbaru iPhone X. Ia didatangkan dengan tiga model antaranya sarung pelindung jenis Snap, Wallet, dan Zipper.

Kulit asli tampak lebih premium
Jenis Wallet

Jenama aksesori yang berasal dari California ini telah mula menjual sarung-sarung ini pada harga bermula $49.99 (RM203) sehingga $69.99 (RM284) di kedai rasmi hexbrand.com.

Jadi, untuk melindungi peranti kesayangan anda tidak salah untuk mendapatkannya satu bukan?

You might also like