Super Mario Akan Berlari Di Android Pada 23 Mac Ini

Melalui akaun Twitter Nintendo of America, tarikh pelancaran permainan Super Mario Run untuk platform Android sudah pun diketahui. Pada Disember tahun lalu, permainan ini sudah dilancarkan buat pengguna iOS dan tidak lama lagi ia akan tiba pada peranti Android.

Menurut Nintendo of America, pada 23 Mac nanti, permainan klasik yang diberi nafas baru dan merupakan versi pertama yang dibawa ke peranti mudah alih. Jika anda tidak mahu terlepas untuk memuat turun permainan ini sebaik sahaja ia dilancarkan, anda boleh pra-daftar dan menerima notifikasi muat turun apabila Super Mario Run sudah bersedia untuk dimuat turun.

You might also like