Sudah Sedia Untuk Berlari Di Dalam Super Mario Run?

headerKemunculan semula permainan klasik sememangnya sangat ditunggu-tunggu ramai pengguna. Lihat saja Pokemon Go yang mendapat sambutan luar biasa selepas dilancarkan, dan hari ini giliran Super Mario pula menemui peminat dalam permainan versi mobil pertama, Super Mario Run.

1Di dalam permainan ini, Mario akan berlari merentasi dunia untuk menyelamatkan Peach yang diculik Bowser. Larian Mario adalah dalam mod automatik dan anda boleh mengawal lompatan dan laluan larian untuk mengutip syiling dan item-item yang bertaburan di dunia Super Mario Run.

Permainan ini eksklusif untuk pengguna iOS sahaja buat masa sekarang dan anda boleh memuat turunnya secara percuma.

https://youtu.be/Qpdfg5km60w

You might also like