Fungsi Saved Post Muncul Di Instagram
Bagaimana jika anda ingin menyimpan atau menandakan post gambar di Instagram untuk dilihat semula pada masa lain. Teknik yang selalunya biasa dilakukan pengguna Instagram adalah dengan like dan kemudiannya mencari pada bahagian menu tetapan di mana anda boleh melihat kesemua post yang anda like. Lepas ini tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana Instagram baru sahaja melancarkan fungsi terbaru yang membolehkan anda “menanda” post untuk dijenguk pada masa yang lain.
Pada versi aplikasi terbaru Instagram, anda dapat melihat ikon bookmark yang muncul di bahagian bawah kanan setiap post. Anda hanya perlu tap ikon tersebut dan post tersebut akan disimpan pada menu baru yang disediakan di ruangan utama profil anda, sangat mudah.



