
Pengguna pakej pra-bayar Hotlink FAST kini ditawarkan fungsi panggilan percuma kepada 5 nombor (Hotlink / Maxis).
Bagi pengguna yang menaik taraf dari pelan lama kepada pelan FAST, pastinya anda rindukan Activ10. Dengan pengenalan 5 FRIENDZ, anda boleh kekal berhubung dengan 5 rakan anda tanpa membayar sebarang kos panggilan.
Untuk mendaftar nombor panggilan ke dalam 5 FRIENDZ, anda dail *100#, pilih Hot Deals dan Free Calls to Friendz. Kemudian anda boleh daftar 5 nombor rakan atau keluarga yang anda mahu senaraikan sebagai panggilan percuma.

