Uber Bersiap Sedia Untuk Percutian Anda

1Musim cuti semakin hampir dan kepada sesiapa yang bercadang ke Bali, ada satu tawaran istimewa dari Uber untuk anda.

Uber melancarkan servis UberTRIP khas buat mereka yang bercuti di Bali untuk meronda-ronda kawasan tersebut. Konsepnya seperti ini, anda menempah pemandu Uber yang akan membawa anda berjalan-jalan tanpa had jarak dan juga perhentian. Jadi tidak perlu lagi menempah pemandu Uber baru setiap kali anda berhenti.

34

Untuk menikmati servis UberTRIP:-

  1. Lancarkan aplikasi dan pilih fungsi UberTRIP di dalam aplikasi. Kemudian tetapkan lokasi untuk pemandu Uber menjemput anda dan juga destinasi persinggahan pertama.
  1. Pada penghujung perjalanan anda, tambang akan dikira bagi keseluruhan perjalanan dan cara pembayaran dilakukan sama sahaja dengan tempahan Uber normal.
  1. Tambang minimum adalah IDR 300,000 (RM 98.54), bernilai kira-kira 5 jam perjalanan, cas bagi minit berikutnya adalah IDR 1,000 (RM 0.33).

 

You might also like