
Selamat Hari Jadi Shopee! Ya, platform membeli belah atas talian ini baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhan mereka dan ketika majlis keraian mereka menyampaikan rasa terima kasih mereka kepada anda semua kerana menyokong Shopee sepanjang tahun pertama mereka beroperasi di negara ini.
Untuk memeriahkan sambutan ulang tahun pertama Shopee, mereka menawarkan promosi istimewa selama 12 hari bermula dari 1 Disember sehingga 12 Disember 2016. Sepanjang tempoh promosi berkenaan, anda berpeluang mendapatkan pelbagai produk dari platform berkenaan pada diskaun sehingga 90% dan ada juga jualan menggila pada harga RM 1. Selain itu anda juga berpeluang memenangi hadiah dengan nilai keseluruhan RM 50,000 dalam bentuk tiket penerbangan, penginapan hotel, baucer dan lain-lain. Shopee juga akan mengadakan karnival jualan di Avenue K pada 3 dan 4 Disember.
Layari Shopee untuk mengetahui butiran promosi istimewa ini dan tandakan kalendar anda supaya tidak terlepas produk yang anda mahu.