
McDonald’s merupakan salah satu jenama makanan segera yang terbesar di dunia. Di Malaysia, restoran McDonald’s boleh didapati di lokasi utama seluruh negara, di samping pengguna juga turut disediakan dengan pilihan membuat pembelian dan penghantaran terus ke rumah melalui McDelivery.
McDelivery sebelum ini ditawarkan dalam dua pilihan, sama ada pengguna boleh membuat panggilan telefon untuk tempahan, ataupun melalui laman web. Tetapi bermula daripada 1 Julai 2016 ini, McDelivery telah mengubah operasi mereka dan memfokuskan kepada perkhidmatan laman web sepenuhnya. Ini bermakna tiada lagi tempahan melalui panggilan telefon akan diterima, dan pengguna perlu membuat tempahan sama ada melalui laman web ataupun menerusi aplikasi mereka. Ia sekali gus mengurangkan kos operasi McDonald’s serta memudahkan pengguna melihat menu yang ingin ditempah.
Bagi yang sering membuat tempahan melalui McDelivery, anda boleh memuat turun aplikasi yang disediakan di iOS dan Android , ataupun mendaftarkan akaun pada laman web mereka bagi memudahkan urusan membuat tempahan selepas ini.