Pengguna DROID Turbo 2 Berang Dengan Garisan Hijau

Tuesday_Line

Motorola DROID Turbo 2 baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan yang lalu dan peranti tersebut mencapai populariti yang mengagumkan kerana ketahanan fizikalnya yang luar biasa. Seorang YouTubers telah melakukan ujian jatuh dari ketinggian 275 meter dan DROID Turbo 2 hanya mengalami kerosakan kecil pada bucu peranti namun ia masih berfungsi dengan baik.

Namun baru-baru ini pengguna peranti tersebut melaporkan garisan hijau muncul secara tiba-tiba pada skrin dan menghubungi pihak Motorola untuk menggantikan peranti. Walaupun telah mendapat peranti yang baru, masalah itu tetap muncul dan terdapat desas desus ia berpunca dari masalah pepijat dalam perisian. Masih tiada pengumuman dari Motorola yang kini sedang giat mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

You might also like